Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul secara sinis menyoal berapa jumlah yang kerajaan kerugian kerana kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika kejadian itu benar-benar berlaku.
Katanya, kerajaan juga perlu menjelaskan mengapa mereka berbelanja besar termasuk mendapatkan khidmat peguam luar sebagai pendakwa raya sejak kes itu bermula pada tahun 2008.