Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia adalah NGO yang bertunjangkan perkauman dan bersifat pelampau.
Sebaliknya, kata Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman, golongan liberal dan pluralisme yang diperjuangkan oleh DAP dan sekutunya berjaya menanamkan pemikiran bahawa orang Melayu adalah pendatang sehinggakan perkataan Melayu itu sendiri menjadi ‘taboo’.