Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik mahu pihak berkuasa agama negeri dan pusat segera mengeluarkan fatwa berhubung kegiatan Kumpulan Negara Islam (IS).
Bercakap pada Wacana Sinar Harian petang semalam yang bertajuk 'Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan?, katanya, pihak autoriti agama dalam negara ini perlu fokus kepada isu besar seperti IS dan bukan menyibukkan diri dengan isu remeh seperti pegang anjing dan sebagainya.