Rakyat di Sepanyol berang apabila sebuah video memaparkan tindakan polis negara itu yang membelasah seorang pendatang berkulit hitam sehingga pengsan.
Lelaki itu adalah antara kira-kira 100 pendatang dari Maghribi yang cuba memanjat pagar setinggi enam meter untuk memasuki wilayah Melilla di Sepanyol. Dia kemudiannya diheret semula ke kawasan di sempadan itu.