Ahli parlimen Pakatan Rakyat perlu bersetuju dengan cadangan kenaikan elaun atau ia akan ditarik semula dan tidak dibincangkan lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Katanya, cadangan "perubahan" gaji berkenaan secara dasarnya telah dipersetujui oleh ketua pembangkang dan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain.