Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan barisan anggota exco baru Selangor bakal mengusulkan untuk mengkaji kenaikan elaun yang dinaikkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara kontroversi tahun lalu.
Bagaimanapun kata Azmin, kajian itu hanya membabitkan empat jawatan tertinggi iaitu jawatannya, exco, speaker serta timbalan speaker dewan undangan negeri.