Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) pada mesyuarat tergemparnya malam tadi akur dengan keputusan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor.
Sehubungan itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, partinya turut mengarahkan semua 15 ADUN di Selangor untuk menyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.