Selepas dua hari muktamar ke-60 PAS yang hangat dengan perdebatan yang tegang, sebahagian besar pemimpin hari ini, memilih untuk merapatkan saf parti dengan gesaan bersatu dalam ucapan penggulungan mereka.
Namun, bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang terakhir berucap, beliau menggunakan peluang berkenaan membidas PKR yang didakwa mencuri dua barua PAS bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar.