PAS dilihat terus berteka-teki tentang isu calon menteri besar Selangor apabila Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengesahkan pencalonan yang dikemukakan.
Ketika ditanya pemberita Abdul Hadi meminta pihak media supaya tidak serkap jarang mengenai sama ada nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenarai dalam nama tiga calon yang dikemukakan PAS kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ini kerana beliau tidak mahu mendahului kenyataan Istana.