PAS: Zahid rabun, Umno pun ada Briged Kesatria, Puteri

KiniTV 2015-08-10

Views 11

PAS hari ini membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang memaklumkan bahawa Unit Amal PAS akan berdepan tindakan sama dengan Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang menyaksikan semua ahli ditangkap pada Ahad lalu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Zahid yang juga naib Presiden Umno perlu mengambil tindakan yang sama ke atas Briged Kesatria dan Briged Puteri jika beliau menggunakan hujah yang sama untuk bertindak ke atas Unit Amal dan PPS.

Share This Video


Download

  
Report form