Nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak dibincangkan pada pertemuan antara Sultan Selangor dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Exco Hal Ehwal Islam Sallehen Mukhyi.
Beliau turut mengesahkan pertemuan antara Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah dan Hadi yang dilaporkan pada Aidilfitri keempat, tidak menyebut nama Azmin.
Selasa lalu Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan bahawa Hadi dititahkan menghadap Sultan Selangor.