Terpulang kepada rakyat jika mahu mempersalahkan PAS sekiranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan berikuatn pemecatannya dari PKR, kata Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang hadir bersama pada sidang media yang dirakamkan oleh Kelantan TV berkata hak membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah yang kini di luar negara.