Amerika bantu tawan semula Empangan Mosul

KiniTV 2015-08-10

Views 2

Kumpulan bersenjata Kurdis yang dibantu pesawat gempur Amerika Syarikat menawan semula empangan terbesar di Iraq daripada kumpulan militan ketika Washington dan London kembali meningkatkan penglibatan ketenteraan di negara ini.

Ahli politik Kurdis, Ali Awni berkata, Empangan Mosul telah dirampas sepenuhnya daripada cengkaman militan Negara Islam (IS).

IS dikatakan melancarkan serangan besar-besaran di utara Iraq sejak Jun lalu sehingga menyebabkan pasukan keselamatan negara ini mengalami kekalahan teruk.

Share This Video


Download

  
Report form