Dua puluh lapan daripada 43 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 warga Malaysia telah dikenal pasti setakat hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Katanya, daripada jumlah itu, 15 adalah penumpang manakala 13 yang lain adalah anak kapal. Jumlah itu membabitkan 14 mangsa yang beragama Islam dan 14 lagi bukan Islam.