Tiga ADUN DAP hari ini tampil mendedahkan bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahgunakan media kerajaan negeri Selangor untuk kepentingan peribadinya.
Pada sidang media hari ini, mereka mendakwa Khalid memperalatkan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), sebuah anak syarikat kerajaan yang menerbitkan akhbar negeri, Selangor Kini untuk mempertahankan kedudukannya selepas dipecat oleh PKR.