Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata untuk terus menyaingi BN, parti-parti komponen Pakatan Rakyat perlu terus bersatu.
Mengulas spekulasi bahawa keretakan dalam Pakatan akibat keenganan PAS menerima seorang wanita sebagai menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau berkata peluang perlu diberikan kepada PAS untuk membuktikan mereka tidak meminggirkan wanita.