Dua pesawat pengangkut tentera yang membawa 40 keranda mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu, mendarat di Eindhoven, Belanda.
Pesawat Hercules C-130 Belanda membawa 16 keranda manakala pesawat tentera C-17 Globemaster Australia membawa 24 keranda.
Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Ukraine tengah hari tadi, waktu tempatan.