Susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, malam Khamis lalu, kerajaan mengumumkan semua bendera negara akan dikibarkan pada separuh tiang.
Sebagai menghormati semua 298 penumpang dan anak kapal yang terbunuh itu, Najib pada siaran langsung di RTM 1 berkata Yang di-Pertuan Agong juga sudah dimaklumkan bahawa bendera negara akan dikibarkan pada separuh tiang hingga Isnin depan.