Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki berusia berikutan satu kemalangan jalan raya di Kuantan .
Katanya, berdasarkan video kejadian itu yang tersebar meluas di Internet sejak semalam, kes berkenaan akan disiasat di bawah kes buli jalan raya.
Menurutnya, beliau baru menonton video tersebut dan mendapati wanita berkenaan garang sungguh dengan mengetuk kereta lelaki berusia itu berulang kali dengan kunci stereng.