Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali meluahkan "tidak puas hati dan geram" kerana tiada tindakan dikenakan terhadap pegawai atasan kerajaan, orang ternama atau yang pernah terlibat dalam kerajaan, yang terlepas daripada dakwaan rasuah.
Sekalipun enggan mendedahkan nama yang didakwanya "hidup mewah selepas bersara atau pernah terlibat dalam kerajaan", beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap individu seumpama itu.