PAS hari ini mengajak orang ramai menyertai himpunan pada 23 Jun ini di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantah tindakan perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak Tambahan.
Pengerusi Lajnah Tanah PAS, Mazlan Aliman berkata himpunan berkenanaan diadakan bagi membantah tindakan zalim dan tidak profesional DBKL apabila meroboh tiga rumah tanpa mempedulikan injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.