PKR hari ini menawarkan bantuan untuk bekerjasama dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh bagi menangani masalah pelajar cemerlang STPM yang gagal mendapat tempat meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Menurut Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin, sepanjang sepuluh hari laman web khas parti itu beroperasi, pihaknya mendapat pelbagai aduan daripada 254 pelajar pelbagai kaum.