Pengerusi eksekutif Yayasan Ayahanda Semalaysia (Yas) Syed Husain Al-Shahab menyokong peniaga Melayu mempelajari bahasa Mandarin sekiranya mereka mahu berusniaga dengan usahawan China.
Katanya, cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membuka Low Yat 2 di bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) di Jalan Raja Laut, adalah baik tetapi pengisian bumputera itu adalah penting.