DAP beranggapan parti itu masih menikmati sokongan masyarakat Melayu yang berfikiran sederhana seperti yang mereka dapat sebelum ini.
Menurut calon parti itu bagi kerusi pilihan raya kecil Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, DAP mesti turun ke peringkat akar umbi, khususnya di kalangan orang Melayu bagi menjelaskan pendiriannya berhubung isu semasa.