Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berpendapat kerajaan tidak seharusnya membelanjakan terlalu banyak dalam memperkukuhkan aset ketenteraan negara.
Katanya, sejak zaman beliau menerajui negara, polisi Malaysia adalah berbaik-baik dengan sem,ua negara.
Namun, menurutnya, jika timbul masalah, dasar negara adalah berunding dengan negara-negara berkenaan dan sekiranya ia tidak berhasil, ini akan dibawa ke mahkamah antarabangsa.