Calon Bebas bagi Parlimen Bukit Gelugor Abu Backer Sidek berkata, beliau akan berkempen menggunakan van bergerak atau Caravan yang dilengkapi dengan alat pembesar suara bagi pilihan raya kecil Parlimen itu.
Katanya, beberapa orang pemandu teksi juga akan mengikut beliau sepanjang proses berkempen itu bagi tujuan membela nasib pemandu teksi di Pulau Pinang.