NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menegaskan bukan Islam yang dianggapnya 'pendatang' perlu terus membayar cukai walaupun pembabitan mereka dalam politik perlu dihadkan agar tidak mencampuri urusan Islam dan hal ehwal orang Melayu.
Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan mengenai pendirian NGO itu yang tidak mahu orang bukan Islam terlibat dalam politik secara keterlaluan.