Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak mempertikaikan keikhlasan pihak yang menyokong perlaksanaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media berkata, semua pihak wajib menerima kewajipan melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan antara satu sama lain.