Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempertimbangkan cadangan oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu Penasihat Keselamatan AS Susan Rice memandangkan pertemuan bersama Anwar tidak menjadi sebahagian daripada jadual lawatan Presiden Barack Obama dalam kunjungannya ke negara ini pada hujung minggu depan.