Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan pihaknya masih belum menerima jawapan daripada pihak penganjur berhubung rancangan perhimpunan protes kenaikan harga barang serta cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan berhubung perancangan mereka menghadapi perhimpunan tersebut.
Tambahnya, penganjur merancang untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka yang masih dalam kerja pembaikan.