Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tampil bersikap kasar terhadap kematian tokoh DAP mendiang Karpal Singh.
Dalam kenyataannya, beliau berkata dirinya hilang hormat pada Karpal kerana mendiang tidak menghormati agama Islam.
Ini berikutan kenyataan Karpal supaya mana-mana pihak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu.