Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengakui kematian Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam adalah kehilangan besar kepada negara.
Katanya, Karpal adalah rakan baiknya dan seseorang yang boleh dipercayai yang sentiasa mahu berkhidmat kepada rakyat.