Calon Timbalan Presiden PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menganggap kenyataan penyandang jawatan itu Azmin Ali yang menyangkal pendapatnya bahawa PKR adalah parti Melayu sebagai 'pertarungan idea'.
Katanya, kedua-dua mereka mempunyai pendapat yang berbeza dan menolak spekulasi bahawa beliau dan Azmin tidak bersefahaman.