Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau telah meminta agar dua wakil daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diserapkan ke dalam Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia.
Beliau berkata, selain dua wakil DCA itu, wakil daripada jawatankuasa khas berhubung kehilangan pesawat MAS MH370 juga akan ke Perth, Australia untuk berbincang tentang persiapan pencarian pesawat itu.