Izwan Abdullah yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dilaporkan telah melarikan anak lelakinya yang berusia enam tahun secara paksa daripada bekas isterinya S Deepa di Jelebu pagi ini.
Isnin lalu, selain membenarkan perceraian pasangan itu, Mahkamah Tinggi Seremban juga memutuskan bahawa hak penjagaan anak-anak diserahkan kepada ibu.