Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri mengakui berlaku peningkatan individu yang diisytihar bankrap di seluruh negara bermula tahun 2007 hingga 2013 di mana jumlah keseluruhannya sebanyak 122,169 orang.
Menurutnya, pada 2007 individu yang diisytihar muflis sebanyak 13,238, manakala 13,855 orang (2008), 16,228 orang (2009), 18,119 orang(2010), 19,167 orang (2011), 19,575 orang (2012) dan 21,987 orang (2013).
Jumlah keseluruhan yang bankrap sehingga Disember 2013 adalah seramai 253,635 orang.