MH370: Pencarian beralih, pesawat bergerak lebih pantas dari dijangka

KiniTV 2015-08-13

Views 1

Kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 telah beralih kerana penemuan bukti baru yang berwibawa kata pihak berkuasa Australia pada Jumaat, waktu tempatan.

Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengumumkan kawasan carian akan beralih kepada 1,100 kilometer ke Timur Laur daripada kawasan carian semasa ekoran petunjuk baru berwibawa daripada siasatan antarabangsa di Malaysia.

Ini bermaksud operasi mencari dan menyelamat kini melibatkan kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 kilometer daripada Barat Perth.

Share This Video


Download

  
Report form