Buat laporan polis bawa senjata: 3 orang Asli masuk lokap

KiniTV 2015-08-13

Views 1

Kumpulan NGO, Jaringan Kampung Orang Asli (JKAO) hari ini mahu pihak polis menggugurkan tuduhan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan terhadap tiga individu orang Asli yang membuat laporan polis berhubung rusuhan pada 26 Februari lalu.

Mereka mendakwa pada kejadian itu, tujuh orang Asli yang dalam perjalanan dari Lojing ke kampung mereka di Kuala Tahu, Kelantan diserang oleh 40 orang warga Myanmar.

Namun apabila tiga daripada mereka membuat laporan di balai polis mereka ditahan selama lima hari kerana didakwa membawa senjata.

Share This Video


Download

  
Report form