Langkah Kajang masih hidup dan bakal merintis jalan ke Putrajaya kata calon pilihan raya kecil (PRK) PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam temubual bersama KiniTV Wan Azizah berkata walaupun Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bertanding, kehadiran beliau sebagai saluran perhubungan' bagi memastikan pentadbiran Selangor ditingkatkan.
Menurut beliau penglibatan sebagai ahli dewan undangan negeri akan menguatkan keupayaan beliau sebagai presiden parti kerana mampu berurusan terus dengan kerajaan negeri Selangor.