Dewan Pemuda PAS akan membuat pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan bantahan sekiranya spekulasi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang baru menjadi kenyataan.
Menurut ketuanya, Suhaizan Kaiat, ini berikutan ura-ura bahawa Taib akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat dalam bulan ini seiring dengan tarikh persaraan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 28 Febuari nanti.