Ibarat jatuh ditimpa tangga. Jika minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak rimas dengan isu kangkung, namun kehadirannya pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia malam semalam, pula tidak disenangi oleh sebahagian peminat sukan nombor satu negara itu.
Najib bukan sahaja tidak diberikan tepukan gemuruh apabila Datuk Lee Chong Wei menjuarai kejohanan itu tetapi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula kena boo oleh sebahagian hadirin.