Ketua Wanita MCA Yu Chok Tow hari ini menggesa parti itu supaya berubah dan menganggap tindakan berkenaan peluang terakhir mereka untuk berbuat demikian atau bersedia untuk dilupakan.
Berucap pada ucapan dasarnya sempena kongres tahunan Wanita MCA hari ini, katanya, parti itu sudah pun terlepas peluang untuk berubah selepas kekalahan pada pilihan raya umum 2008. Prestasi buruk berulang pada pilihan raya umum 2013.