Pak Samad menang Anugerah Masyarakat Sivil 2013

KiniTV 2015-08-15

Views 2

Sasterawan Negara A Samad Said adalah antara mereka yang dipilih memenangi Anugerah Masyarakat Sivil keempat 2013 yang diadakan malam semalam.

Selain Samad yang lebih popular dengan panggilan Pak Samad, turut terpilih kerana perjuangan mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik adalah pejuang Kempen Selamatkan Hotel Lok Ann dan kumpulan sokongan BERSIH 3.0 - Mama Bersih.

Majlis yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Cina ini juga menyaksikan tujuh individu dan pertubuhan lain dicalonkan kerana usaha sivik dan perjuangan mereka sejak dua tahun lalu.

Mereka termasuk aktivis perlombongan emas anti-sianida Raub Wong Kin Hoong, kumpulan pejuang Islam Renaissance Front dan kumpulan pejuang Selamatkan Yong Vui Kong.

Share This Video


Download

  
Report form