Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan serius melindungi hak asasi manusia rakyat negara ini walaupun tidak menganggotai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).
Katanya, sebelum Malaysia boleh menyertai ICCPR, satu kajian menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan untuk melihat sama ada peruntukan berkenaan boleh dilaksanakan mengikut rangka undang-undang negara.