Enam unit rumah di tingkat 17, Flat PKNS, Jalan Kerinchi di Kuala Lumpur dipercayai musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 4.40 petang tadi.
Kesesakan lalu lintas menyebabkan anggota bomba dan penyelamat sukar tiba di tempat kejadian dengan pantas walaupun balai bomba terletak tidak jauh.
Setakat ini, belum dapat dipastikan jika ada mangsa yang cedera walaupun kedengaran beberapa siri letupan. Punca kebakaran juga masih disiasat.
Jurukamera KiniTV Mohd Azudin Shah Mohd Hidzir sempat merakamkan detik-detik cemas kebakaran itu.