Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012. Manakala RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun itu.
Butiran berkenaan dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menjawab soalan ahli parlimen Seremban Anthony Loke.