Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berceramah pada pilihan raya kecil di Sungai Limau malam tadi berkata beliau bersimpati dengan penduduk tempatan yang terpaksa menghadapi subsidi yang berkurangan tetapi pada masa yang sama kos sara hidup terus meningkat - sesuatu yang katanya adalah natijah kepada pembaziran kerajaan BN.