Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau tidak mendengar kenyataan kontroversi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut tentang 'kita dapat bukti kita tembak dahulu'.
Walaupun tidak menafikan beliau hadir pada majlis taklimat keselamatan di Melaka minggu lalu, katanya beliau tidak mendengar rakannya itu meluahkan arahan supaya menembak dulu penjenyah jika polis mempunyai bukti.