Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menangkis dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti berkenaan kini hampir di penghujung nyawa. Najib berkata parti itu memenangi 88 kerusi pada pilihan raya umum ke-13, yang menunjukkan pertambahan berbanding 79 pada 2008.