Kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (JATI) hari ini menghantar nota bantahan ke pejabat wakil Vatican berhubung sokongan wakilnya terhadap penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu sebelum ini.
Nota yang diserahkan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di pondok pengawal kedutaan Vatican itu mendesak Ketua Biskop Josep Marino memohon maaf kepada rakyat Malaysia secara terbuka melalui media dan bukan kepada Wisma Putra sahaja.